Friday, June 10, 2016

Kita Takkan pernah Habis

kita takkan pernah habis
biarpun ada rekahan 
yang dicelahnya meledak api amarah 
dan menenggelamkan jutaan rindu
namun,
kita takkan pernah habis


kita takkan pernah habis
kerana di atas rekahan itu
aku bina jambatan 
ke hatimu

dan 
kita takkan pernah habis

Wednesday, June 8, 2016

Puasa ke-2

siang semalam
nonton tv
filem omputih
ada babak hero dan heroin tu main gomol-gomol

haih!

depa ni tak puasa ke?

isykkk!
batal puasa aku gini







Monday, May 16, 2016

KAU

kau tak seharusnya senyum dan bergembira
atas sebuah kejayaan menjahanamkan perasaan aku...

kau siapa?

babi!


AKU

"aku tidak perlu menjelaskan apa-apa perihal aku
kerana orang yang mencintaku tidak memerlukannya
dan mereka yang membenci aku pula tidak akan pernah percaya"




<=::budaqnakal::=>

Wednesday, February 10, 2016

Aku Memilihmu Tanpa ragu

aku memilihmu tanpa ragu

kerana kau berikan aku bahagia saat aku terluka
kerana kau kembalikan tawaku saat aku berduka

kerana kau bijak meleraikan kekusutan
tanpa menambahkan lagi kekalutan
dan kerana kau mendamaikan

aku memilihmu tanpa ragu
kerana aku tahu
kau menerima setiap kekuranganku
jua tanpa ragu

terima kasih cinta

Tuesday, January 5, 2016

Pacuan 4 Roda

bekerja dengan boss yang percayakan kemampuan kau untuk melaksanakan sesuatu tugasan memang akan buatkan kau rasa bersemangat tahap pecutan pacuan 4 roda (ok, desire aku cuma pada 4WD)
yelah, memandu kereta yang besar dan tinggi ni secara automatiknya kau rasa berkeyakinan tinggi dan ego (bak kata perempuan gila yang selalu ada di bengkel Soni)

but!

kalau sekali bagi tugasan melambak:

1. 1 laporan
2. 1 Pekeliling
3. 1 Garis panduan
4. 3 Standard Operasi Prosedur

aku rasa macam nak langgar dia dengan 4WD adalah!

<=::budaqnakal::=>

Kau Tipu!

kau berjanji takkan sakiti aku lagi
kau berjanji akan selalu bahagiakan aku
kau kata kau sayang aku sepenuh hati
kau kata kau cinta aku dan cuma aku

kau tipu!



(kata si Nora Danish dalam mimpi tadi malam)

<=::budaqnakal::=>