Wednesday, January 14, 2015

Melodi Ilusi

melodi ilusiku
adalah suaramu
kala dighairahi aku

ianya menghanyutkan

Monday, January 12, 2015

Mahalnya CINTA

Cinta itu terlalu mahal untuk dipersiakan

Jika benar cinta
kau akan cuba jadi yang terbaik untuk pelihara rasa itu

cinta itu mahal
terlalu mahal untuk kau ambil mudah setiap konsekuensi dari tindak tandukmu

TEKAN

"kalau suka,
                ...TEKAN"

arahan itu
simple

aku pandang hadapan
sengih
dia senyum manis memandang aku
aku garu kepala
cuba memastikan kehendak naluri

ok! aku SUKA!

dush
gedebik
dush dush dush

*dunia gelap*

aku terbangun
kepala berbalut
sendi-sendi terasa sakit

"dia suruh tekan butang LIKE lah lahanat!!! bukan tetek dia" jelas kawanku dengan penuh tawaduk sehingga terasa titisan air liurnya yang suci membasuh mukaku





Emosi dan Wanita

emosi dan wanita
itu biasa

sebab itu lah wanita bila kenal dengan lelaki yang bersikap acuh tidak acuh sahaja
atau dalam erti kata lain tak punya emosi, mereka akan jadi meroyan gila segilanya

"awak ni memang tak ada perasaan ke?"
"cubalah sesekali tu ckp "I love u" kat saya nih"
"awk tak pernah faham perasaan saya"
"awk cubalah ambil tahu sikit hati saya ni"
"bila *tut* awak lebih pentingkan keinginan awk dan bukannya sy!"

bukannya apa
kalau lelaki mula tunjuk emosi mereka
percayalah cakap aku
korang para wanita akan mula rasa rimas, lemas dan menyampassss!

Mata Ke Hati

"Kadang kala rasa datang dari mata..
Tapi kadangkala tiba dari hati..
Teka-teki mula bermain dimata
Tapi maksud belum sampai dalam hati
 
Jangan mudah terkeliru dengan semua permainan mata
Jangan mudah rasa tahu kalau belum berdetik hati..."
 
Terima ini dalam inbox FB bersama nota kaki
"...dear, I am OK and will always be, InsyaAllah"
 
Nota untuk dia : Alhamdulillah. U take care.
 
#macam lah dia boleh baca yang kupesan ni kan?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

Atas Bawah Tak Sama Rasa

yang di atas
ligat berputar
fikir fikir
kenang kenang

ah!
kenapa pula
yang di bawah emosi menggila?

be good...
be good...

#sambil tepuktepuk kepala di bawah

Monday, January 5, 2015

Mabuk Cinta

apa yang kau lihat pada aku?
aku tak punyai yang orang lain punya

harta - memang tiada
wang - tengah bulan semput sentiasa
rupa - cukup-cukup rasa gula

apa yang kau lihat pada aku?
apa yang kau gilakan sangat dengan aku?

haih
dah kenapa kau?
manakan cukup kalau modalnya cuma kata-kata

eh
todi yang kau balun tadi cap apa?