bagaimana pun banjirnya
bagaimana pun bah melanda
jangan pernah biar "rasa" itu kurang gula
...ternyata, segala perihal hidup adalah gila segila-gilanya... Kalau kau bukan golongan itu, blog ini usah dibaca. Singgah pun jangan!
Wednesday, December 31, 2014
Monday, December 29, 2014
Cuma 1 Peluru
1
2
3
4
5
ada lagi 5 butir
kau cuma perlu pilih 1 antara 5 peluru yang tinggal
untuk bunuh jiwa aku yang sudah lama berkecai
Ayuh pilih!
Usah malu-malu
2
3
4
5
ada lagi 5 butir
kau cuma perlu pilih 1 antara 5 peluru yang tinggal
untuk bunuh jiwa aku yang sudah lama berkecai
Ayuh pilih!
Usah malu-malu
Tuesday, December 23, 2014
Cuba Tanya
kadang kala
diamku mahu ditanya
senyapku mahu disapa
bukan mengada
sekadar mahu bermanja
tak percaya?
cuba la
sebab sekarang memang betul-betul TAK OK punya!
diamku mahu ditanya
senyapku mahu disapa
bukan mengada
sekadar mahu bermanja
tak percaya?
cuba la
sebab sekarang memang betul-betul TAK OK punya!
Monday, December 22, 2014
Tak Mahu
Mulai saat ini
No more ngorat ngorat
Tak mahu kena demam urat
Seksa!
No more ngorat ngorat
Tak mahu kena demam urat
Seksa!
Kot laaaaa
SMS dia : Di mana?
SMS aku : Sayang keluar minum sekejap
SMS dia : *icon panic muka biru*
dah kenapa pulak orang tua nih? aku scroll kembali message di atas
gila babeng betul!
macamana pulak leh tertaip "sayang" nih?
Now, aku yang muka biru. Kaki tangan semua sejuk. Panik! Mintak oksigen! Mintak nyawaaaa. Nak nangis pun ada wei.
Sudahnya kepada dia aku message pula ini.
"Maaf tuang, saya baru belajar cakap Ganu sebab tu ada yang terlebih huruf"
Dia balas *icon ketawa keluar air mata*
Mampus aku
Kot??

Malas Gaduh
kalau hari-hari begini
asyik membantah dan menidakkan kata-kata orang
mahu kena buasir aku
kesudahannya
tolak ego ke tepi
"yea, ok... aku sweet"
"haah, yelah... aku setuju lah yang bab aku cool tuh"
malas gaduh
iyakan je lah semuanya!

Kau
aku sering membayangkan
kala senangku bermalasan di atas sofa
kau kemudiannya perlahan mendatangiku
dengan pandangan mata kuyu
kau naik dan duduk di atasku
menyondol-nyondol nakal
dengan bunyi getaran manjamu
haih
bila boleh bela kucing ni oi?
kala senangku bermalasan di atas sofa
kau kemudiannya perlahan mendatangiku
dengan pandangan mata kuyu
kau naik dan duduk di atasku
menyondol-nyondol nakal
dengan bunyi getaran manjamu
haih
bila boleh bela kucing ni oi?
JUJUR
kalau pun
ku tak selalu ada di sisi
aku kan tetap ada di hati
hatimu
hati dia
hati yang sorang tu
hati yang sorang ni
hati yang sana
hati yang sini
#aku ini jujur orangnya sayang
ku tak selalu ada di sisi
aku kan tetap ada di hati
hatimu
hati dia
hati yang sorang tu
hati yang sorang ni
hati yang sana
hati yang sini
#aku ini jujur orangnya sayang
Prooooooot!
Proooootttt
Prooooootttttt
Hey kamu
Itukan bunyinya senandung lagu cintaku untuk kamu
Bau aroma aslinya seperti "Mewangi" dendangan Akim & The Magistrate
Yang bisa buat kamu sering teringat aku
Prooottttt
Haih...
Syahdu!

Sunday, December 21, 2014
biskut dan kopi
Acapkali saat mengenangmu
aku jadi seperti cecahan biskut jagung di dalam kopi
Cuma bezanya biskut kalau dicecah kopi jadi basah dan lembik
Sedang aku jadi basah dan keras
Ngeeeee
aku jadi seperti cecahan biskut jagung di dalam kopi
Cuma bezanya biskut kalau dicecah kopi jadi basah dan lembik
Sedang aku jadi basah dan keras
Ngeeeee
Friday, December 19, 2014
kecewa
Aku bukan kecewa kerana tidak dapat menemuimu
Tetapi aku kecewa kerana tidak dapat menidurimu
Jujurlah Sayang Aku Tak Mengapa
cuba kau pandang aku
jujur padaku
jangan pernah cuba cuba 'tuk menipu
tolong kata aku hensem
please!
p/s. jujurlah sayang aku tak mengapa...
Thursday, December 18, 2014
Excited
Pernah tak rasa macam sangat excited bila dapat sesuatu yang memang kau nak?. Apa lagi bila kau dapat sesuatu yang memang kau idam-idamkan? Rasa macam nak melompat dan jerit-jerit histeria kan?.
Ok. Tak payahlah sampai histeria. Tengok dan tiru macam aku.
Control beb. Control!
Walau aku tahu kembang hidung aku masa tu memang di luar kawalan.
Ok. Tak payahlah sampai histeria. Tengok dan tiru macam aku.
Control beb. Control!
Walau aku tahu kembang hidung aku masa tu memang di luar kawalan.
Hangatkan Aku
Dingin
ayuh ke mari
peluk tubuhku
buasi aku dengan ciuman-ciuman liarmu
sentuhiku
setubuhiku
hangatkanku
Adanya kamu
Maka dingin tak lagi dingin
bibirmu.... sentuhanmu
menelusuri setiap pelusuk anatomi tubuhku
dalam kebasahan bibirku
kau berikanku kehangatan
Nikmat bermain denganmu
kau kusentuh
diam
tubuh bogelmu kuamati
perlahan kuusap setiap lekuk tubuhmu
kau masih diam
tanganku tiba dipuncak itu
jemariku berputar mengusapnya
perlahan dan penuh sabar
masih kau diam
kutekan punat timbul puncak itu berkali-kali
kau mula geletar
kudengar desahan ghairah
suara kenikmatan
kau tak lagi diam
kubaringkanmu
kududukkanmu
kudirikanmu
desahan-desahan liar kian laju
desahan-desahan liar kian laju
sudah selesai bermain
dibahuku kau bersandar
ianya
ianya
kepuasan yang tak tergambar
dengan hanya kata-kata
Karya merapu seorang aku
cuaca panas bersilih hujan
begitu juga kehidupan
terkadang hangat
terkadang dingin
kalau panas, berteduh
kalau hujan, berpayung
kalau banjir, selamatkan diri
#takyah tunjuk handal cuba cuba nak redah banjir, tak pasal2 mati lemas nanti... itik pun leh mati lemas, ikan banyak jugak yang mati dilanda tsunami... inikan pulak kita yang berenang-renang itik pun tak terror kan???
Aku redha
Aku mahu kamu menjadi lampu. Terangi malam-malamku.
Namun ketika bersama.
Padamkan cahayamu. Aku redha meraba dalam kegelapan.
Ori punya malas.
Aku malas mahu menulis apa-apa di sini. Betul-betul malas. Kemalasan yang bukan dibuat saja-saja atau suka-suka mahu malas. Ini malas yang tulen. Pure. Solid.
Ini malas yang kalau didarab, bahagi, tolak, campur bagaimanapun takkan merubah sifat dan rasa malas itu. Ini malas yang asli bukan ciplak mahupun cetak rompak.
Ini ori punya malas beb!
Bengong

Meraung melolong wahai hati yang murung
Biar lepas segala jadi kosong dan lopong
Biarkan
Biarkan
Biarkan
Aku bengong...
Rupanya
Rupa-rupanya
Tidak dimengerti
Rupa-rupanya
Perlu lebih teliti
Rupa-rupanya
Dia memerhati
Rupa-rupanya
Terasa hati
Tidak dimengerti
Rupa-rupanya
Perlu lebih teliti
Rupa-rupanya
Dia memerhati
Rupa-rupanya
Terasa hati
Biru Mata Hitammu
hari itu dingin beku
di sebalik langsir ku hembuskan asap anganku
sambil merenung langit
melihat awan
memandang hijau pepohon
dalam renung langit
lihat awan
pandang pepohon
tetap biru mata hitam itu yang ku rindu
MASA
masa berjalan tidak lagi seiring keinginan
masa jadi sekutu
bukan lagi sahabatku
aku mahu ke sana
ke sini
ke situ
berduaan dengan sang buku
bercumbu mesra dengan lensa kamera
bersenggama dengan sang alam
bersatu larut dengan sang pena
namun masa itu bukan lagi milikku
masa telah jauh berlalu
dan
aku tak lagi betah memburu
Mereng?
Suami : Sayang... nak susu...
Isteri : Ala bang... Period laaaaa
Suami : aku bukan nak tetek engkau lah sengal! aku nak susu kambing aku!
Isteri : (KETAWA berdekah sambil ke dapur bancuhkan susu)
Isteri : Ala bang... Period laaaaa
Suami : aku bukan nak tetek engkau lah sengal! aku nak susu kambing aku!
Isteri : (KETAWA berdekah sambil ke dapur bancuhkan susu)
Saat Aku Lanjut Usia
Bila usia makin beranjak naik ni aku dapat rasakan perubahan-perubahan drastik yang terjadi dari segi sikap, emosi dan fizikal.
Ok.
Tak usah bicarakan perihal perubahan fizikal yang tak mampu diterima dek akal nih. Sakit hati.
But seriously! Aku dah kurang gemar nak keluar melepak lepek di mana-mana kedai kopi borak-borak kosong atau dalam erti kata lain mengumpat dan bergosip. No!. Aku lebih gemar duduk rumah diam-diam layan tv, baca buku sambil minum kopi.
Malah, aku juga kurang gemar ke tempat-tempat yang crowded. Gegendang telinga aku sudah tidak mampu serap bunyi bingit dan hiruk pikuk. Paru-paru dan jantung aku tidak mampu berfungsi di paras normal bila berada di tengah-tengah kerumunan manusia dan bising-bising suasana.
Rasa sesak dan serabut tahap nak tumbuk orang.
So, siapa kata orang berumur ni penyabar, romantik dan loving?
Tak percaya langsung aku. Sebab aku tak macam tu.
PokPokPok
Pok! Pok! Pok!
letak
tak sedap
Pok! Pok! Pok!
terbalik
tak selesa
Pok! Pok! Pok!
pusingkan
tak berahi
Pok! Pok! Pok!
lipat
tak sedap
Pok! Pok! Pok!
.jpg)
yang tak lena tu mata... kenapa bantal pula yang menerima hukum?
letak
tak sedap
Pok! Pok! Pok!
terbalik
tak selesa
Pok! Pok! Pok!
pusingkan
tak berahi
Pok! Pok! Pok!
lipat
tak sedap
Pok! Pok! Pok!
.jpg)
yang tak lena tu mata... kenapa bantal pula yang menerima hukum?
Harapan Menyonsong Hari
malam kian larut
bisingbising alam makin diam
aku berbaring membujur kaku
hati terpasung dalam kesepian
mengira detik kesendirian
tatkala sepi malam kian berlalu
pagi datang menggiliri hari baru
aku bangkit dari lena panjangnya malam
keluar melihat mentari pagi
menghembus nafas berat dalam senyum
benar!
aku harus tetap tegar berdiri
menyonsong hari baru ini
berharap nanti petang
ada sesuatu yang indah akan pulang
Kafein dan Nikotin
secawan kopi,
sebatang rokok,
sekeping sunyi,
berbaur dalam satu rengkung
yang disedut dan dihirup dari luar
sebatang rokok,
sekeping sunyi,
berbaur dalam satu rengkung
yang disedut dan dihirup dari luar
memakan dari dalam
kafein dan nikotin
sudah tidak lagi memberikanku insipirasi
bukan juga kenikmatan
yang mereka lebih betah berikan cuma
KETAGIHAN
KITA
bukan semua hal kita sama-sama gemari
namun kita tetap usaha untuk mengerti
untuk saling menerima dan memahami
kita nyata berbeza dari kehendak naluri dan hobi
namun
kita masih mampu berdiri
bersama melangkah seiringan
kekuatan kita adalah percaya dan mengerti

Malam Di tengah Kotaraya
malam itu
keluar melihat-lihat sebahagian kecil kawasan-kawasan
yang masih hidup kala malam menginjak ke pagi
dataran itu
lorong itu
jalan itu
tidak pernah sunyi dari hiruk pikuk kota
kala yang remaja menguji-uji lajunya kuasa rempitan
berlumba-lumba celahan kereta
yang masih tidak henti melalui jalan-jalanraya
di sudut-sudut dataran yang gelap
ada sang penyair menyusun kata memujuk sang gadis
asyik memadu kasih
di sudut lorong-lorong yang kelam
ada transaksi jual beli dagangan
entahkan barangan entahkan orang
di sudut jalan-jalan terang
ada kumpulan-kumpulan pemabuk
berjalan beriringan mahu pulang
dalam sibuk menjadi pemerhati
dalam asyik menikmati ragam
pun sebenarnya aku ini punya
hati terlalu sunyi
Kemanusiaan
untuk seketika
kita lupakan
segala pertelingkahan
tidak kira apa pun pegangan politik
tidak kira apa pun fahaman agama
kita sama-sama suarakan pembebasan Gaza
kita sama-sama doakan Palestin
kita sama-sama doakan keteguhan Al-Aqsa
kita mengharapkan sejahteranya mereka
bukan kerana ISLAM
namun kerana KEMANUSIAAN
Karya Yang Terlewat
hari ini aku kembali menanam azam dan semangat!
aku mahu kembali aktif bermain kata
dan akan kerap ku tarikan tap dance pada kekunci komputer ini
laman ini tidak akan kubiarkan sunyi seperti penghujung nyawa 2012
tidak! aku akan terus berkarya!
"OK! Mahu tulis apa pagi ini?"
hurm...
hurmm...
hurmmm...
hurmmmm...
aaa...
errrr...
aaa...
hurmmmm
"weh! apahal kau?"sambil ketuk kepala sendiri
Celaka
lewat kebelakangan ini
tandus idea itu bukan lagi suatu perkara yang luarbiasa
tertanya juga aku ke mana sang idea mengembara?
lewat kebelakangan ini
teman-temanku si idea, diksi dan aksara
sering kelewatan hadir menerjah kamar imajinasi
ah..celakanya kalian bertiga! pergi hooyey-hooyey tak ajak aku!

Topik Harini
0 00000 00 0000
000 000
0000 00
00000 0
OK, HARI INI KITA BORAK-BORAK KOSONG JER...
000 000
0000 00
00000 0
OK, HARI INI KITA BORAK-BORAK KOSONG JER...
JIKA
jika ada ketikanya
kamu merasa was-was dengan setiaku
ingatkan hati
yang kita bukan muda lagi
untuk bermain cinta seperti sinetron Indonesia
mahupun seperti Winter Sonata
apatah lagi fantasi cinta indah Kajol dan Shah Rukh Khan
jika ada ketikanya
aura negatif hitam kelabu menyelubungi hatimu
menutup rasa percaya kepadaku
ingatkan hati
yang kita bina rasa dan cinta ini
tidak semudah aku menyusun kata di laman ini
telah kita lalui yang sukar, pahit dan sedih dengan senyuman
walau hati pedih terhiris
jika ada ketikanya
kau begitu yakin aku mencurangimu
kita putus!
#letih layan emosi menggila cemburu buta tak tentu hala nih

Cemburu
katakan cinta
apakah layaknya aku untuk merasa cemburu
kala gurau sendamu bersama sang teman
sudah bisa saling bersentuhan
bukan aku cemburukan gurau senda itu
tetapi aku curigakan dia yang berlebihan menyentuhmu
apakah layaknya aku untuk merasa cemburu
kala gurau sendamu bersama sang teman
sudah bisa saling bersentuhan
bukan aku cemburukan gurau senda itu
tetapi aku curigakan dia yang berlebihan menyentuhmu
BOSAN
aku bosan dengan rutin harian
lama tidak keluar mendapatkan hasil tangkapan lensa
aku bosan dengan rutin harian
perlu sesuatu untuk memercikkan api semangat dan keseronokan
aku bosan dengan rutin harian
kerja-rumah-kerja-sesekali mamak-sesekali badminton-rumah-rumah-rumah

Tersasul hensem
aku jarang sebenarnya mahu tunjukkan siapa diri aku yang sebenar
orang yang tidak kenal aku pasti saja akan labelkan aku
"poyo"
"berlagak"
"sombong"
"muka ketat"
"garang"
"takde perasaan"
"hensem"
okey! okey! yang terakhir tu aku tambah sendiri...
tetapi hakikatnya semua-semua itu hanyalah ciptaan alter-ego untuk menutup segala jenis kelemahan yang ada padaku... yang kenal aku pasti tahu siapa sebenarnya aku...
"lucu"
"penyedih"
"penyayang"
"pencinta"
"hensem"
haih! tersasul la pulak
tersasul lak

Pengembara kosong jiwa

aku sang pengembara yang kosong jiwanya
aku perlu tempuhi jalan itu
rela atau terpaksa
bersedia atau tidak
tiba masa atau belum
aku sang pengembara yang kosong jiwanya
mereka tahu
aku perlukan ini
aku butuhkan ini
biar waktu tentukan segalanya
Keliru aku kau keliru?
Ini perbualan pagi Isnin antara aku dan teman sepejabat.
Kawan : Kau tahu tak? Aku tak faham betul lah dengan orang perempuan nih. Sikit-sikit nak merajuk... sikit-sikit nak kecik hati sedih dan menangis. Bila tak pujuk merajuk. Bila dipujuk marah-marah pulak. Bila tak belikan hadiah sebut-sebut. Bila dah dibelikan merungut tak penuhi selera. Bila penuhi selera membebel pula kata membazir lah apa lah. Isykkk! Aku pelik lah, Pelik sangat-sangat! Naik pening dan rimas aku dengan perempuan nih! Kau faham tak??
Aku : Kau tanya aku faham kau ke faham perempuan ni?
Kawan : Faham aku lah, suruh faham diorang nak buat apa??
Aku : "DIORANG"??
Kawan : Aiseyh... Aku lupa kau perempuan... Dah bertudung pulak tuh kan...
... dan dia bangkit dari kerusi tempat dia duduk meluahkan rasa kepada aku tadi dengan muka yang tanpa ada sebarang perasaan dan keluar dari bilik aku tanpa permisi. Masuk tadi pun tak bersalam. Duduk pun tidak dipelawa... bercerita tanpa ditanya... hurmmm...
OK! Sekarang ni... aku yang KELIRU!

Tak punya hati
bagaimana mampu `tuk berdiri
sedang 'tuk bangkit pun ku tak punya hati
sedang 'tuk bangkit pun ku tak punya hati
Wednesday, December 17, 2014
Walau...
di mana sekalipun duduknya aku
puisiku tetap sama ritma bahasa
juga lenggok aksaranya
walau di mana aku berada
bahasaku masih sama nada nakal
polos gediknya yang acap menyakitkan hatimu
walau di mana aku pergi
berpusing tiga ratus enam puluh darjah sekalipun
paksi hatiku akan masih tetap terarah kepada kamu
cuma kamu cinta!
CeritaCeriti
ceritaceriti
dia yang pertama
dia yang kedua
hadir dan hilang merentasi masa
cinta dan benci merentangi rasa
kisah perkisahan yang datang jenguk-jenguk hati
barangkali cuma
sekadar untuk menguji
# INGIN tidak semestinya MAHU... MAHU tidak semestinya meMILIKi... SUKA tidak bermakna CINTA... nah! terkadang kita terkeliru dengan apa yang kita mahu kan?#

hidup ini... realiti...
Hidup ini kadang-kadang pahit
.jpg)
dek kerana adanya momen-momen tak manis
kunyah saja... telan dan cerna...
tetapi hidup harus perlu diteruskan
Sebentar!
aku mahu lari dari realiti
izinkan aku pergi dulu
izinkan aku pergi dulu
nanti-nanti aku kembali
jangan ikut!
kau takkan mampu
menahan bau hina dari kamar kecil itu
.jpg)
Bimbang
aku masih dalam kebimbangan tanpa suara
debaran akan-akan tidak berpenghujung
airmata menitik cuma dalam lopak jiwa
ibarat cahaya yang terlindung dibalik awan petang
intai-intai menyinar bumi kala siang katakan "bye"
dan malam mengangguk senyum katakan "hai"
ah!
aku bukan bimbangkan gelapnya malam
cuma bimbang kalau kelak
malam-malamku
tidak lagi ditemani dengkurmu
ok??
Ok!
ini aku
bukan dia yang itu
bukan dia yang ini
bukan yang begitu
bukan yang begini
Ok! Ngerti??
aku cuma aku
bukan orang lain
bukan sesiapa
kalau mahu terima aku yg begini
nah! Silakan ambil!
jika tidak
jangan sentuh
kalau jatuh... CONSIDER SOLD!
Kalau ambil... harus dijaga walaupun perangaiku menjengkelkan kamu...
"terima seadanya" itu sahaja mesej utama!

Kenapa?
Kenapa belum tidur?
"Tak boleh tidur"
Kenapa?
"Tak boleh tidur"
Kenapa?
"Entah"
Belum rasa nak tidur?
"Belum"
Kenapa belum?
"Entahlah"
Kenapa entah?
"Adoiii... nak tidolah"
Kenapa nak tidur lak?
"Letih nak menjawab"
Ok bye!
terkadang kita tidak punya topik untuk dibicarakan...
terkadang kita bersoal-jawab hal-hal yang remeh dan karut komedia
terkadang kau bodoh
dan terkadang aku yang bangang
tidak mengapa
keTOLOLan kita serupa
kau terkadang merimaskan
dan aku terkadang menyakitkan
kita sama sengal dan mendangkalkan
tidak mengapa
Sahabat itu memang mengjengkelkan
terBIASA
aku sudah jadi terbiasa kembali
menonton televisi dalam kantuk malam
namun tidak bisa terpejamkan kerana tersulam dengan secangkir kopi hitam
aku sudah jadi terbiasa bermalas-malasan di rumah
hingga kemalasan mahu beraktiviti di luar
aku sudah jadi terbiasa
menjadi penunggu malam
dan melepek malas seperti kain buruk di rumah
betul! sudah terbiasa
# ok... yang tidak terBIASA hanya cuacanya sahaja, matahari terik namun udaranya dingin... sejuk beku sudahnya rasa... (apa agaknya perasaan si samosa2 yg dijual sejuk beku tu?)

Subscribe to:
Comments (Atom)