Thursday, November 26, 2015

Tiada

aku pencinta kesederhanaan
keikhlasan kewajaran serta kematangan

namun terkadang semua itu
tiada padaku


Wahai Kekasih Hati

wahai kekasih hati...

barangkali aku bukan  manusia sempurna
yang terkadang lupa bagaimana cara untuk mencinta
yang terkadang alpa untuk merasa rindu
yang terkadang malu mahu ucap "I LOVE YOU"

barangkali juga
aku belum khatam kitab bahasa bergula

namun,
aku tahu yang kau tahu 
di hati aku cuma terpahat nama kamu

tak percaya?
tak percaya sudahhhhhh


Friday, November 6, 2015

cuma Kamu



dalam senyap
dalam diam
dalam riuh
dalam bising

tiada hati lain yang kudamping

cuma KAMU

Friday, October 30, 2015

LONER

ada masa-masanya
aku mahu sendiri
ditemani senaskah buku
secangkir kopi 
dan di jari sebatang rokok 

ada masa-masanya
aku mahu sendiri
tanpa bunyi angin membisik
tanpa bingit bebelan
apatah lagi alunan musik di radio

aku mahu sendiri
sunyi sesunyinya
diam sediamnya

dan hidup sehidup-hidupnya!


















<=::budaqnakal::=>

Tuesday, October 20, 2015

AKU

tak perlu kau persoalkan 
untuk setiap senyum tawaku papar dalam gambar

tak perlu kau pertikaikan 
pada setiap status berayat manis yang ku update di akaun facebook

suka hati aku lah nak senyum macam orang bahagia
nak update status macam orang bercinta
atau senyum ketawa serupa orang gila

p.s. aku bukan manusia penagih simpati yang sepanjang masa tunjuk muka kecewa, sedih dan sengsara pada setiap manusia!

Thursday, October 15, 2015

Redha

hari ke-3,

masih terasa semua yang berlaku ini umpama mimpi; aku perlu bangkit dan sedar dari lena, perlu pasrah dan redha, perlu melupakan...

namun, bagaimana kerap pun aku mengingatkan hati agar redha dan pasrah, rasa sakit itu jauh lebih kuat dari segala rasa yang ada...

Maha Suci Allah, tiada dayaku melainkan segalanya di atas kehendakMu jua....

Thursday, August 27, 2015

Saat


"saat kau diminta 'tuk memilih
dan diberi cuma dengan satu pilihan..."

p.s. dan demi sebuah bahagia, aku akur 'tuk tidak menjadi pilihanmu


Monday, August 17, 2015

AKU

aku hari ini dan semalam
masih aku yang sama
bezanya mungkin pada fizikal
tetapi hati punya rasa yang kekal

cara meluahkannya juga masih sama
bukan secara verbal
kadang kala tak acuh saja
tetapi, aku tahu apa yang aku rasa

kalau rasa itu tidak sampai padamu
maaf!
aku bukan seorang lunatik yang cuma berbekal bahasa romantik
sedang hakikatnya cuma plastik

aku tulen!

Wednesday, July 29, 2015

Perlukah?

perlukah saat rasa merimbun
kau halakan pula mata chainsaw 
lalu kau bentukkan hati darinya
dan kau letakkan pula lampu lip-lap-lip-lap padanya

cantik tu iya!
originalitinya?



Saturday, July 25, 2015

Abah dan Sekeping Nota RM100


Raya 2015, untuk pertama kali dalam hidup... abah beri kami lima beradik duit raya... termasuklah ketiga-tiga menantunya... tidaklah banyak mana pun... cuma sekeping nota RM100. Namun, bukan nilai matawang itu yang menjadi ukuran... "kenangan" itu yang menjadi nilai tertinggi dalam bursa ingatan kami kelak...
 
3 hari sebelum raya, ketika cuma ada aku, emak dan abah di kampung, emak bercerita :
 
emak : dik, abah kau aritu duduk kat luar tu termenung, lepas tu dia cakap dengan emak "kita tak pernah bagi duit raya kat anak-anak kita kan? sebab dulu kita susah... takde duit..."
 
Aku terdiam mendengar cerita emak sambil berfikir dan menguak pintu kamar ingatan "ya! abah dan emak tak pernah beri duit raya".
 
Namun, emak dan abah tidak pernah gagal memberi kami kasih sayang, didikan dan keperluan kami seharian. Tolak tepi waktu makanan kami dicatu dengan istilah "share-share"; pada ketika itu setiap apa yang emak sediakan atau belikan kami perlu kongsi... contohnya, semangkuk ABC di stesen bas Sungai Petani yang pada ketika itu harganya cuma berapa sen sahaja, kami kongsikan bertiga atau berempat (termasuk emak). Bukan sebab terlalu susah hingga tidak mampu bermewah dalam bab makan, tetapi emak dan abah perlu berjimat untuk tabungan pendidikan kami pada ketika itu. Secara tidak langsung, emak ajar kami erti bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri.
 
Tapi, itu dulu... sekarang Alhamdulillah, kami semua sudah bekerja, tidaklah kaya mana, namun sudah cukup untuk memberikan keselesaan hidup buat emak dan abah.
 
Abah... kalau tanpa sekeping nota RM100 ni pun, kami tak pernah kisah, sebab apa yang abah dah laburkan pada kami selama membesar dan mendidik kami, nilainya : INFINITI.
 
Terima kasih emak, terima kasih abah!

Monday, July 6, 2015

Saat Aku Sendiri Tidak mengerti

saat aku cuba membendung hati
saat itu juga lukanya berkali-kali
saat aku ingin sendiri
saat itu juga semakin memberat rasa sepi
saat aku niatkan benci
saat itu juga rindu tak bertepi

terkadang aku sendiri tak mengerti



Thursday, June 25, 2015

Bebal Yang Tebal

"tiba-tiba aku kesal tak berbibir tebal"

apa punya bebal?

Tuesday, June 16, 2015

Mari

yang di telapak tanganmu itu
hatiku yang telah kehabisan oksigen

mari!
berikan aku bantuan pernafasan mulut ke mulut
supaya aku kembali hidup dan bernyawa

Andai





















andai dapat kuhuraikan
pengertian hatiku yang mati

mahukah kau mendengarnya?
sudikah kau kebumikannya?



Thursday, June 11, 2015

Cinta

cinta itu besar
sangat besar

yang aku ingin darimu



SEDERHANA cuma

Wednesday, June 10, 2015

CINTA dan HIDUP

.....CINTA

cukup dengan hanya

ada kau...




.... HIDUP

sempurnanya cukup

bila punya rokok.....


Monday, June 8, 2015

Drama

dalam diam bibirmu meniti ke telinga orang
segala yang tercalar kau pamerkan
segala yang tercemar kau adukan
walhal segala tentang kita bukan milik eksklusif 'tuk jadi tontonan
tetapi kau sengaja beri publisiti murahan

dan aku sekadar jadi sang picisan
menunggu drama ditamatkan


Aku Mati

perlahan

kau bunuh aku


Friday, June 5, 2015

Wednesday, June 3, 2015

Loner Gampang Tu Aku

aku cuma si loner yang sederhana
rupa yang sederhana
tinggi sederhana
bentuk tubuh sederhana
buah dada sebungkus nasi lemak kosong cuma

ya!

aku cuma si loner
yang sederhana gampangnya

Tuesday, May 26, 2015

CINTA KITA

barangkali
kau lupa
atau barangkali juga aku
 
hurm... soalan! :
 
"cinta kita ni dah taruk gula ke belum?"

HATIku

tanpa sedar
kau bunuh berahi dan ghairahnya HATIku
kau hancur musnah sifat seksualitinya

hinggakan HATIku
hidup solo dan keliru






Hati Kita

mungkin
mungkin ada silap di mana-mana

hingga terbawa ke hati

dan TIADA LAGI

#ke mana hala hati kita, bila denyutnya seakan sudah terhenti?






Tuesday, May 19, 2015

Beruk

entah beruk mana datang dengan selamba
lalu memetik bunga-bunga yang baru bercambah di hati

"hey beruk! kau memang babi!""

Kau

saat aku mula melupakan
terensot-ensot kau muncul
tinjau-tinjau dan usik-usik dedaun hati

entah baja apa yang kau  guna
hinggakan dihujung pucuk ada bebunga sedang berkembang

Bukan

bukan menghilang
cuma tiada masa 'tuk bertandang

hari ini aku pulang
bawa cinta untuk sayang

Thursday, April 16, 2015

Bila

bila pepet berdarah
kondisi perut pun parah

mula la rasa nak marah-marah

kekasihku marah-marah lagi kah?

Thursday, April 9, 2015

Sila Kan

bila mana
rasa kedewasaan
dihenyak pijak berulangan
dek mahukan perhatian

aku bosan!

tak mampu bertahan?
silakan... selamat jalan...

Monday, March 30, 2015

RASA

jarak;
waktu;
diam;
sunyi;
dalam satu tabung ujikaji; eksperimentasi :

gas rindu terkurung dalam makmal hati
sebentar lagi saat ianya tak tertanggung dan meledak
biarkan wanginya menebar diseluruh rongga
dan rohnya menebakkan segala rasa cinta...
....untuk dia

#janganpernahpergidariku




Wednesday, March 25, 2015

AKU

naluri si tua seperti aku
kadang kala gedik mengada-ngada
nak dibelai-belai dan dimanja-manja

kadang kala
moody tak tentu hala
marah-marah meninggi suara
rimas dengan isu sekecil biji delima

kadang kala la

tetapi
dikebanyakan masa
aku gila


iya, aku tahu!
tak payah sibuk-sibuk bagitau


Monday, March 23, 2015

Pesan Abah

betapa sebenarnya terkadang kita lupa; tuahnya dikelilingi keluarga yang amat mencintai kita
pun sebenarnya kita lupa; betapa di setiap langkah mengharungi masa dan menempuh perjalanan hidup, doa mereka sentiasa yang terbaik untuk kita... moga-moga, tiada celaka.
 
betapa sebenarnya terkadang kita lupa; tuahnya kita kerana masih bisa melihat senyum tawa ibu dan bapa; peluk cium mereka; nikmatnya tak terpamer dengan kata... bahagianya rasa hidup dilimpahi dan melimpahkan segala makna cinta...
 
pun sebenarnya kita lupa; semua itu bakal tiada; tiba-tiba...
 
#semalam, aku peluk abah, abah balas pelukku dengan lebih erat "sayang diri, macamana abah sayang kau" itu pesannya... Demi Allah, sepanjang perjalanan airmata tak henti kutitiskan...
 

Thursday, March 19, 2015

LAHANAT

kau dah kenapa gila?
tidur lewat bangun lewat
tidur awal tetapi bangun lewat juga

motif lah?

jangan nak lahanat sangat boleh?

#sakit hati kita

Wednesday, March 18, 2015

EPIK

kisah paling epik 2015 :

kelmarin
kawan tu main masak-masak di rumah

tomyam
hurm
tomyam ayam

kelmarin juga kawan keracunan

epik kan?

p.s. heh! moga "racun" itu sudah tiada dalam setiap digestive system tubuhmu... Aamin

REAL & UNREAL

kecederaan tisu otot yang berulang buatkan emosi kau seolah berada di tahap terjalang;
sekejap sekejap
endah
sekejap sekejap
tak endah
sekejap sekejap
sakit
sekejap-sekejap
ok

emosi meliar
sekejap bimbang
sekejap tidak

tetapi most of the time kau mengantuk

erk!
apa kaitan tisu otot koyak
dengan mata kau yang rabak?

pergh!
real punya jalang weh!



Tuesday, March 17, 2015

AKU

aku

tak punya bahasa yang terindah untuk memenangi hati
tak punya gaya yang gah untuk meraih cinta
tak punya kelembutan untuk membujuk rasa

aku
manusia gasar yang tanpa pemilikan apa-apa
untuk kau letakkan asa
mahupun raih bahagia

aku
bukan yang terbaik
tidak pernah 
dan tidak akan bisa 'tuk jadi yang sempurna

sesempurna dia

p.s. pabila diulang sebut tiap ketidak sempurnaan, maka tawarlah rasa...

Thursday, March 12, 2015

Kalau lah

kalau lah
lidah nakal ini pernah menyakitimu

"maaf"

kalau lah
lidah nakal ini pernah meludahimu

"maaf"

kalau lah
lidah ini pernah memuaskanmu

"maaf salah orang"

Wednesday, March 11, 2015

Tadi

ok

tadi aku makan hati; berulamkan jantung

rasanya enak, lazat dan sangat berzat!



betul...


Tuesday, March 10, 2015

Aku

aku ni

gemar marah-marah
gemar bebel-bebel
tak pandai berbasa basi dengan nada yang romantis

hurm
aku keras
kasar
tak pandai ambil hati

kadang kadang kan
aku sebenarnya sedar 
betapa bangsat dan lahanatnya aku
serta betapa garingnya sifat babi salai dalam aroma perlakuan aku sehari-hari

tak perlu kau cakap
aku tahu!


Monday, March 9, 2015

BABI

ada masa-masanya
di sebalik senyum manis
dan sentuhan-sentuhan damaimu

terselit
sebuah rasa yang celaka
yang menebakkan segala rasa kebinatangan

dah sebaik-baik kejadian
kau mahu ubah pula rupa dan bentukmu

tetapi hairan,
mengapa kau pilih 'tuk jadi babi?

babi!?





Wednesday, March 4, 2015

Beda

"kau tak rindukan aku sayang?"

"rindu"

"kau sayangkan aku tak?"

"sayang"

"kau cintakan aku?"

"ya, aku cinta"

Diam. Senyap. Sunyi.

"untuk apa kau tanya semua tu?"

"aku cuma nak tahu, mahu tunggu kau cakap sendiri memang tidaklah kan?"

barangkali mungkin; ada yang gemar ulang ucap 'tuk didengar kerap

tetapi barangkali mungkin juga; ada yang gemar senyapkan rasa 'tuk disimpan perap


Nota : selagi kita bernama manusia... akan beda




Sekuntum Mawar Merah



hadir sekadar memenuhi undangan
bukan cuba-cuba menyelit pada ruang-ruang kosong dan rongga 'tuk mengait kembali bibit cinta

aku tahu
malah dia juga tahu
kami punya hala yang berbeza
tiada lagi "kami" sehingga bila-bila

yang akan aku bawa esok malam cuma doa
mohon yang terbaik untuk kita semua
ia sekadar permintaan tulus antara sesama manusia

tak salah kan?

Monday, March 2, 2015

Terima Nasib

Setiap kali marah, geram dan tak puas hati
Setiap kali itu juga, kau sebut-sebut khilafku yang lampau

#terima kasih kerana mengingatkan aku selalu untuk semua itu... Terima nasib.

Friday, February 27, 2015

SAKITNYA TUH DI SINI

saat memeluk erat kamu dari belakang
saat mencium lehermu yang wangi
saat mencumbui bibirmu yang mungil
saat tanganku menggauli dadamu

kau tak tahu sayang
keasyikan itu buatkan aku sakit

kerana itu cepat-cepat aku mahu menyelesaikan semuanya
bukannya aku gelojoh sayang


bukan
tetapi cuma kerana aku sakit

Skodeng

sungguh tak aku sangka

ada yang skodeng di sini

Nor Adlina!

hey!!! jom karaoke

Masalah Wajar Didiskusikan Waktu Mengopi


"kau minum kopi
atau kau termenung?"
suatu pertanyaan yang aku rasa agak janggal didengarkan
dia aku renung dengan dahi berkerutan
tanda aku bertanyakan kembali dia dengan soalan

"tak adalah, nampak macam fikiran kau bukan di sini pun"
"ada masalah?"

aku angguk lesu
semena itu juga nafas kuhela berat
kerut dahi makin ketat
mataku berkaca-kaca

"lidah aku melecur" kataku kepadanya

dia pandang aku
aku pandang dia

"kau dengan muka drama kau memang macam gampang kan?"

p.s jangan menyesal kawan kerana terlalu mengambil berat


Kopi Terfaktab

fak!

rasa faktab gila ini hari
and now, emosi gua dah kat tahap balachi

how come pagi tadi gua boleh lupa minum kopi?

double fak!

KALAU

kalau acapkali bersama

yang difikir kamu cuma dia
yang disebut kamu hanya dia
yang dicerita kamu tentang dia

di celah mana pula kisah kita

di mana waktu senggama
kalau cuma ada drama?


HISTERIA

aku bukan jenis manusia yang baran tak tentu hala
aku cuma mudah hilang sabar bila lihat kau berlinang airmata
apa lagi kalau ia gara-gara si gila itu

lagilah aku histeria!

BETRAYAL

aku
kau

kita

maka,
tolong perjelaskan
dari mana datangnya dia pada "kita" itu?

SYILAKA

entah kenapa

cinta padaku cuma punya satu rasa

rasa macam syilaka

dan lebih syilaka bila bercampur vodka

maka jahanamlah dunia!

Monday, February 23, 2015

SETIA

setia?

setia membabi buta?

setia kukorbankan?

setia kukorbankan babi yang buta?

biar betul?

mazhab mana kau pakai untuk setia gitu sekali bai?

Jangan Drama Sangat!

aku bukan budak-budak
anak-anak kecil
yang mulut ternganga
air liur meleleh
tiap kali disogokkan dengan drama sinetron yang episod berjela

tak payah bikin drama
lihat skripnya sahaja aku dah tahu pengakhirannya bagaimana
dan sudah aku boleh jangka dramanya akan berlarutan sehingga bila

p.s. jangan macam-macam beb!

Pengorbanan

"pengorbanan saya sia-sia selama ini"

pengorbanan apa wei?
korban apa?
apa yang dikorban?

bahasa melayu pun tak betul
jangan sedap taik gigi je nak cakap bab-bab korban

kang aku korbankan bebetul kang!

Tadi

yang dua itu tadi
bukan aku yang tulis

ya! tadi aku kerasukan

LANCA* II

yang tadi tu
gua salah

bukan lancap
tapi,

lancau

LANCA* I

hari ini

gua rasa perasaan lancap yang sangat tersohor hebatnya
tak boleh gua jelaskan betapa lancapnya perasaan lancap itu dengan cuma kata-kata

ini to the the max punya lancap

lancap!
lancap!
selancap-lancapnya!



Friday, February 13, 2015

SEDETIK

sedetik
cuma sedetik saja

mampu meracuni setaman sayang

dia guna racun cap betrayal
betrayal
betrayal

#padan muka aku sendiri

SAKIT

entahlah

tidak ketahuan
sejak kebelakangan
yang itu asyik denyut-denyutan

haih
please get well soon

Monday, February 9, 2015

RASA

kalau lah memberitahu apa yang wajar
kau rasakan pijar
lalu dariku kau diam menghindar
maka segala rasa juga kan turut bubar

padamu segalanya bukan sukar
maka untuk apa nak gusar?

#tunggu esok-esok pula, nak ku ajar rasa yang benar



DAYUS

atas semua yang berlaku
antara kau, dia dan dia itu

aku cuma perlu diam dan jadi dayus bukan?

baiklah!

Runyam

uji
uji lagi

sabar yang mana pula mahu kau duga

perihal hati memang bisa runyam jadinya!

Obor

bila jauh
ada rindu
namun tak pula nampak kesungguhan

maka segalanya jadi tawar

obor amarah menyala
biar hujan yang padamkan
aku malas~!

#aku bukan orang lain untuk semudah itu kau abai dan ketepikan!

Mouse dan semut

aku nampak sekor semut di monitor PC

boring punya pasal aku ajak dia racing

rasa hebat bila mouse aku yang menang

syabas! sila kekalkan prestasi

#nanti hujung bulan, aku bagi bonus...

ONANI

dari tadi jemari di kekunci PC :

akal semenjak tadi juga sakan terapung menerawang cari-cari sumber untuk mengisi ruangan ini... naya! tak sedikit pun idea gila yang muncul untuk kucatitkan... apatah lagi idea seksis mahu pun yang berahi-berahi... makin ligat melancap akal, belum juga idea dipancutkan... Siapa kata onani tuh nikmat?

Penat!

#minum kopi dulu ah!

Wednesday, February 4, 2015

Kejutan

hidup ini penuh dengan kejutan

sama ada ianya benar-benar suatu kejutan
atau pun sengaja dimasukkan elemen-elemen tertentu bagi menghasilkan daya kejutan tersebut

ada kejutan dek sergahan kawan yang lahanat suka  main terjah-terjah
ada kejutan dek cuitan-cuitan bangsa-bangsa celaka yang sukakan latah
ada kejutan dek bangsat-bangsat yang konon-konon sweet jemput gadis kau suka dari rumah sebelah

tak kisahlah kan
yang penting - terkejut
kan?

kejutan padaku pula

bila Nora Danish tunggu aku pulang dengan senyum penuh kasih sayang

Kalau

kalau

wajahmu
bibirmu
lehermu
lurahmu
dadamu

yang acap ku curi lihat?

pervert kah aku?



Tuesday, February 3, 2015

Andai

Andai merindukan kamu nilainya adalah sengsara
Maka aku rela jadi derita

Andai merindukan kamu nilainya wang berjuta
Maka aku rela jadi papa

Andai merindukan kamu sama tara harga delima
Maka aku rela pergi beli berlori-lori

#apalah sangat harga sebiji delima kan?

Wednesday, January 14, 2015

Melodi Ilusi

melodi ilusiku
adalah suaramu
kala dighairahi aku

ianya menghanyutkan

Monday, January 12, 2015

Mahalnya CINTA

Cinta itu terlalu mahal untuk dipersiakan

Jika benar cinta
kau akan cuba jadi yang terbaik untuk pelihara rasa itu

cinta itu mahal
terlalu mahal untuk kau ambil mudah setiap konsekuensi dari tindak tandukmu

TEKAN

"kalau suka,
                ...TEKAN"

arahan itu
simple

aku pandang hadapan
sengih
dia senyum manis memandang aku
aku garu kepala
cuba memastikan kehendak naluri

ok! aku SUKA!

dush
gedebik
dush dush dush

*dunia gelap*

aku terbangun
kepala berbalut
sendi-sendi terasa sakit

"dia suruh tekan butang LIKE lah lahanat!!! bukan tetek dia" jelas kawanku dengan penuh tawaduk sehingga terasa titisan air liurnya yang suci membasuh mukaku





Emosi dan Wanita

emosi dan wanita
itu biasa

sebab itu lah wanita bila kenal dengan lelaki yang bersikap acuh tidak acuh sahaja
atau dalam erti kata lain tak punya emosi, mereka akan jadi meroyan gila segilanya

"awak ni memang tak ada perasaan ke?"
"cubalah sesekali tu ckp "I love u" kat saya nih"
"awk tak pernah faham perasaan saya"
"awk cubalah ambil tahu sikit hati saya ni"
"bila *tut* awak lebih pentingkan keinginan awk dan bukannya sy!"

bukannya apa
kalau lelaki mula tunjuk emosi mereka
percayalah cakap aku
korang para wanita akan mula rasa rimas, lemas dan menyampassss!

Mata Ke Hati

"Kadang kala rasa datang dari mata..
Tapi kadangkala tiba dari hati..
Teka-teki mula bermain dimata
Tapi maksud belum sampai dalam hati
 
Jangan mudah terkeliru dengan semua permainan mata
Jangan mudah rasa tahu kalau belum berdetik hati..."
 
Terima ini dalam inbox FB bersama nota kaki
"...dear, I am OK and will always be, InsyaAllah"
 
Nota untuk dia : Alhamdulillah. U take care.
 
#macam lah dia boleh baca yang kupesan ni kan?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

Atas Bawah Tak Sama Rasa

yang di atas
ligat berputar
fikir fikir
kenang kenang

ah!
kenapa pula
yang di bawah emosi menggila?

be good...
be good...

#sambil tepuktepuk kepala di bawah

Monday, January 5, 2015

Mabuk Cinta

apa yang kau lihat pada aku?
aku tak punyai yang orang lain punya

harta - memang tiada
wang - tengah bulan semput sentiasa
rupa - cukup-cukup rasa gula

apa yang kau lihat pada aku?
apa yang kau gilakan sangat dengan aku?

haih
dah kenapa kau?
manakan cukup kalau modalnya cuma kata-kata

eh
todi yang kau balun tadi cap apa?