Friday, February 27, 2015

Masalah Wajar Didiskusikan Waktu Mengopi


"kau minum kopi
atau kau termenung?"
suatu pertanyaan yang aku rasa agak janggal didengarkan
dia aku renung dengan dahi berkerutan
tanda aku bertanyakan kembali dia dengan soalan

"tak adalah, nampak macam fikiran kau bukan di sini pun"
"ada masalah?"

aku angguk lesu
semena itu juga nafas kuhela berat
kerut dahi makin ketat
mataku berkaca-kaca

"lidah aku melecur" kataku kepadanya

dia pandang aku
aku pandang dia

"kau dengan muka drama kau memang macam gampang kan?"

p.s jangan menyesal kawan kerana terlalu mengambil berat


No comments:

Post a Comment

nak cakap apa-apa tak?